SEJARAH SEKOLAH

Sekolah kebangsaan malau ditubuhkan pada 1 januari 1973.pada masa itu hanya enam orang guru sahaja ditugaskan di sini termasuk guru besar.mempunyai sebuah bangunan dua tingkat menempatkan enam kelas iaitu tahun satu hingga tahun 6.lokasi SK Malau terletak setengah kilometer dari Pekan Malau dan 38 kilometer dari Bandar Baling.

Sebelum Sekolah Kebangsaan Malau dibuka, murid-murid di sekitarnya terpaksa mendapat pendidikan di Sekolah Kabangsaan Bakai atau di Sekolah Kebangsaan Labu Besar yang terletak di bawah pentadbiran PPD Kulim dan Bandar Bharu.

Murid-murid sekolah ini terdiri daripada anak-anak penoreh getah dan pekerja ladang.bersebelahan sekolah kebangsaan malau terdapat SJK(T) ladang pelam.Sk malau dan SJK(T) Ladang Pelam terletak dalam satu kawasan dan berkongsi padang.sekarang kedua-dua buah sekolah ini dibawah projek sekolah "Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan" (RIMUP).

Sekolah kebangsaan Malau adalah sekolah kategori A luar bandar di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Baling Sik.Sekarang sekolah ini mempunyai murid seramai 175 orang dan 18 orang guru serta 4 orang kakitangan bukan guru.Sekolah ini mempunyai guru besar , 3 orang guru Penolong Kanan Hakiki ,1 orang guru DG44, 7 orang guru DG41, 4 orang guru DG34 dan 6 orang guru DG32, seorang pembantu tadbir dan 2 orang pekerja rendah.Sejak dibuka sekolah ini ditadbir oleh 17 orang Guru  Besar.

Sekolah Kebangsaan Malau mendapat bangunan tambahan pula pada tahun 1988 yang mempunyai 3 buah bilik darjah. Pada tahun 1989 bangunan sekolah yang sebelum ini tidak mempunyai bekalan elektrik tela dibekalkan bekalan tersebut. pada tahun 1993,2 unit rumah guru telah didirikan bagi mengatasi masalah penempatan guru. Pada tahun 2001 sebuah makmal komputer telah dibina bagi mendekatkan murid-murid dengan komputer. Pada tahun 2006 salah sebuah rumah guru telah diubahsuai menjadi bilik Pra Sekolah dan telah digunapakai pada tahun 2007.

       

2 comments:

  1. assalamualaikum...saya cari gambar sekolah
    boleh masukkan tak?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...saya cari gambar sekolah
    boleh masukkan tak?

    ReplyDelete